Articles (In Bahasa Malaysia/ Malay Language)

Part I: Tips Rekaan Laman Web
Bagaimana ingin mengaplikasikan warna di dalam rekaan laman web anda

Kerapkali kita akan terlintas atau mengunjungi laman web yang mempunyai 
pelbagai penampilan dari segi warna dan rekaan, namun, warna sebenarnya
merupakan aspek penting dalam 'menghidupkan' rekaan dalam laman web 
anda.

Sebenarnya, warna memainkan peranan penting dalam menarik perhatian
audiens, terutamanya dari segi fizikal dan mental. Ini kerana setiap warna
mempunyai estetik, imej dan karikatur tersendiri. Kita boleh membahagikan
warna kepada 2 bentuk iaitu warna sejuk dan warna panas.

Pada biasanya, kita akan melihat pelbagai laman web yang menggunakan
warna hitam dan putih. Tapi, adakah anda sedar tidakkah ia begitu stereotype
dan common? Justeru, kita perlu 'explore' atau memberanikan diri dengan 
menggunakan warna yang pelbagai supaya kita dapat mencipta laman
web yang memiliki stail yang tersendiri.

Kita pun sendiri pernah didedahkan dengan pendidikan awal di bangku sekolah
menggenai fungsi warna. Contohnya, kalau dilihat pada Bendera Malaysia, kita
boleh mengetahui simbolisma warnanya, seperti merah, yang menunjukkan
kegagahan; putih yang melambangkan kesucian dan sebagainya. Seperti
warna lain juga, hijau, yang mewakili alam, biru, yang membawa ketenangan
dan sebagainya.

Kita perlu berani mencuba menggunakan warna dalam rekaan kita kerana 
kita akan dapat rasakan yang laman web kita adalah tulen, unik dan lain
daripada yang lain. Terkini, kita dapat lihat bagaimana pelbagai laman web
yang menggunakan warna, mungkin pelbagai warna agar pengunjung dapat
menikmati ekspresi yang ada dalam laman web kita. Tapi, kita perlu ingat,
jangan pula satu muka surat web itu perlu diletak semua warna. Nanti 
orang ingat laman web tersebut 'crowded' atau berserabut. 4 warna cukup
memadai dengan setiap rekaan yang dibuat.

Kita juga perlu pandai 'matching'kan warna tersebut. Jangan ada pula letakkan
warna magenta (pink) dengan oren atau ungu dengan perang. Kita perlu kaji
dan memastikan kita pilih warna yang dianggap sesuai. Contohnya, kuning.
Kuning dapat disesuaikan dengan hampir semua warna yang ada, sama ada
kuning, merah dan hitam @ kuning, oren dan hitam, biru aqua, pursian blue,
dan putih; dan sebagainya. 

Oleh itu, gunakanlah warna sebagai salah satu faktor dalam menarik minat
pengunjung yang ada. Bagi saya, kekerapan penggunaan warna hitam atau
putih sebagai latar belakang mukasurat (background) cukup membosankan,
stereotype kerana bagi saya, ia dianggap begitu mudah dan malas. Kecuali
pereka itu mampu menghasilkan rekaan yang ekstrim dan menarik, serta
menggunakan animasi Flash™ yang cool dan dinamik. Kita sedar bahawa
warna web juga mempunyai panggilan code tersendiri, seperti #FFFFFF (putih)
atau #000000 (hitam). Ia bukannya senang untuk sesetengah pihak (webmaster
atau designer) yang menggunakan Notepad. Kita boleh mencuba palette warna
untuk mendapatkan code-code ataupun menerusi penggunaan web colors yang
terdapat di perisian grafik seperti Adobe® Photoshop, Illustrator, Paint Shop Pro,
Microsoft Paint, Corel Paint, Corel Draw dan sebagainya.

Untuk rujukan laman web yang mempunyai penggunaan warna yang ekstrim
dan bagus serta tutorial, anda boleh mengunjungi:

LinkDup - http://www.linkdup.com
CoolHomepages - http://www.coolhomepages.com
Lynda - http://www.lynda.com
WiReD - http://www.wired.com
SiFoo - http://www.sifoo.com

 

Notice:
Artikel ini dihasilkan dan disediakan oleh Abdul Muid Latif. Copyright of Muid Latif © 2001.
Please ask for permisson. Any other publication to other website or printed media is
illegal and prohibited. Please read my disclaimer and copyright protection.