CADANGAN KARYA SENI UNTUK TAHUN AKHIR,
<SENI ARCA 07-08>: Konflik Budaya Digital

PENGENALAN

Tujuan

Saya ingin menyedarkan pemikiran dan reaksi masyarakat global tentang kecacatan perhubungan
dari segi silatulrahim, muafakat, komuniti, interaksi dan komunikasi yang berlaku pada Zaman Elektronik dan Digital, berbanding dengan zaman sebelumnya dimana yang kita lihat lebih bersatu, harmonis dan penuh dengan nilai kemasyarakatan. Saya ingin menunjukkan jurang perhubungan yang kontras antara dua budaya yang berkait rapat dengan interaksi dan nilai kemasyarakatan.

Seterusnya, saya ingin membangkitkan kesedaran komuniti bahawa hubungan silatulrahim manusia
yang murni amat penting dibandingkan dengan ‘Budaya Digital’ kerana walaupun kita duduk
dibawah ‘bumbung yang sama’, namun segelintir masyarakat kita (individu) masih menjadi ‘kera
sumbang’, lebih memikirkan soal individual (selfish dan ego) dan tidak bergaul (interaksi)
dengan masyarakat sekeliling.

Akhirnya, saya ingin meninjau potensi media elektronik sebagai suatu proses dan method baru dalam menghasilkan karya seni dan menarik minat masyarakat terhadap seni.

Pengenalan

Seni Elektronik menjadi satu seni dimana ia menggabungkan aliran dalam seni halus, multimedia dan penggunaan teknologi komputer yang bersifat ‘state-of-the-art’. Akibatnya, lahirlah pula cabagan dari seni elektronik yakni seni komputer, seni video, seni digital, seni interaktif, seni siber, seni gabungan yang banyak merepresentasikan isu, expressi artist, pengalaman serta penyampaian mesej kepada audiens.

Ia juga menggabungkan teori dalam kebudayaan serta aktivisme sosial dan mengikut penyesuaian modenisma tempatan. Pada zaman  ini juga, para artist berkejar untuk menghasilkan suatu karya seni yang dapat menarik perhatian audiens, bukan sekadar dasar atau Tujuan ekonomi (business), malah, mereka ingin menyedarkan masyarakat serta memvisualisasikan idea dan transfer-meaning karya mereka supaya dapat memberikan mesej yang jelas dan positif agar dapat mengubah budaya hidup dan masyarakat.

Idea mempersembahkan karya dalam bentuk digital[1] dan interaktif (video art) telah menjadi inspirasi dan kaedah dimana saya akan memasukkan rakaman dokumentari, temubual dengan masyarakat dan digital visual installation dalam komputer mengenai isu ‘Wired Culture’ dan Budaya Komuniti. Teknik pemasangan (installation) juga menjadi satu kaedah bagi memapankan karya bersifat mix media dan time based media.

Dokumentari dan rakaman visual mengenai komunikasi dalam masyarakat menjadi topik perhatian saya (issue regarding and ), terutama dalam dunia ‘internet’ ataupun ‘World Wide Web’ sebagai satu ‘escapade’ dan cara hidup baru dalam mencorak sesuatu mesej atau ‘content’ seni. Ia juga merupakan penyelidikan tampak dan eksperimentasi terhadap karya seni yang akan saya hasilkan.

Apa yang related dengan seni, adalah penyampaian aspek-aspek formalistic dalam seni, dimana elemen dan prinsipal diguna sebaiknya dalam menghasilkan karya.

Saya telahpun mengkaji dan mengadaptasi isu ‘budaya komunikasi digital’ ataupun ‘The Wired Culture’ dan penyelitkan teknologi dan peribumi, sebagai suatu landasan kepada karya saya. Ini bermaksud, karya yang akan saya persembahkan adalah menyampaikan seni melalui isu penggunaan teknologi, kesan positif dan negatif dengan menggunakan aliran seni elektronik, iaitu method dan alternative baru dalam penyampaian karya menggunakan teknologi komputer.

  

Latarbelakang Idea Berkaitan Subjek & Objek

 

Latarbelakang idea yang saya buat dan selidik adalah berdasarkan direct experimentasi yang saya alami berdasarkan pengalaman adalah bertujuan bagi menyelesaikan masalah tradisi atau modenisasi yang terdapat dalam konteks persoalan estetika didalam aspek komunikasi menerusi aliran seni elektronik, kaedah pemasangan (installation) dan artwork mix media (berdasarkan time based media).

Komunikasi yang sebenarnya berasal dari perkataan Inggeris, ‘Communicate’ (com.mu.ni.cate[2]) bermaksud ‘untuk melakukan atau membuat (berdasarkan tindakan, pemikiran, perasaan, pendapat, informasi) diketahui atau difahami orang lain’. Persoalan komunikasi dianggap penting dalam penghasilan karya saya terutamanya persoalan komunikasi dalam kemasyarakatan yang bersatu padu, muafakat dan harmoni.

Pengalaman menjadi satu agenda, aktiviti dan diskusi dalam perbicaraan idea dan karya seni yang akan dibuat. ‘Interaksi’ menjadi metafora subjek kajian dan transfer-meaning kepada perilaku dan perkembangan karya saya. Yang penting, saya ingin mendedahkan dan menceritakan kepada audiens saya bahawa perubahan hidup saya dicorakkan daripada proses pengalaman yang berlaku mengikut perubahan MASA dan zaman yang juga turut menjadi suatu eksperimentasi kepada karya yang akan saya buat yang berbentuk seni elektronik dan pemasangan (installation).

Saya bercadang untuk membina khemah sebagai subjek kajian dan symbol kepada kajian saya kerana ia agak bersesuaian yang berkait-rapat dengan pengalaman saya sebagai seorang pengakap dan anak askar (secara environmental), manakala penggunaan komputer (video art) digunakan sebagai alternatif dan method baru bagi membentuk penyampaian content seni, mesej yang baru dan berbeza, kesedaran dan keberkesanan secara interaktif. Khemah yang menjadi subjek kajian juga adalah emphasize dalam persoalan komuniti dan persekitaran sosio-budaya dua zaman yang berbeza.

     Disamping itu juga, kajian saya disokong oleh beberapa rujukan article dan artist yang banyak menghasilkan seni mereka dengan mempersoalkan aspek dan isu komunikasi dan cross-culture seperti Ibrahim Hussein, ‘My Father And The Astronaut’, dimana karyanya membincangkan mengenai perbezaan budaya dan pengaruh dalam career, kemasyarakatan dan sosio-budaya.

     Selain itu, saya juga telah melihat perkembangan sejarah seni elektronik yang semakin meluas berkembang di arena Seni Malaysia. Sebagai langkah, saya ingin menyahut cabarannya dan ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa seni itu berharga dan ia boleh membawa perubahan penting dalam kehidupan manusia secara positif.

 

1.1 Bahagian 1

Faktor-faktor Kenyataan Daripada Penyelidikan Yang

Mempengaruhi Karya (Subjek).

 

Merujuk kepada panorama masyarakat, isu perhubungan dalam kemasyarakatan tidak dianggap sebagai suatu perkara yang penting. Malah, mereka rasakan ia membebankan dan membosankan. Ini bermakna, apabila sesuatu zaman itu meningkat dan berjalan, maka masyarakat menjadi lupa dan alpa dengan komunikasi persekitaran dalam nature sebaliknya tertumpu kepada komunikasi yang lebih bersifat digital memandangkan ia lebih mudah dan cepat. Tetapi, terdapat kecacatan disitu. Saya sebagai pengkarya perlu memperbaiki error tersebut supaya karya saya yang akan dihasilkan memberikan kesedaran dan penyampaian mesej yang dapat membawa minda audiens kepada pandangan sudut yang lebih perspektif dan global.

Hubungan dan juga interaksi diantara objek dan makna masih menjadi keutamaan didalam penghasilan sesebuah karya kerana ia menjadikan aspek formalistik terutamanya dalam memberi satu maklumat dan penyampaian mesej kepada ‘audience’ kita.

 

Pertembungan Dua Budaya Yang Berbeza

The Wired Culture: Budaya Elektronik + Digital

Era elektronik (digital) pada waktu kini makin kian berkembang, dan penggunaan (barangan) elektronik menjadi ‘mesin’ seharian manusia, tidak kira dari industri pendidikan, ke industri pembangunan, ke industri perniagaan, dan seterusnya kepada industri dan bidang yang lain. Oleh itu, ia mencetuskan budaya baru dalam peradaban manusia. Dan budaya ini dipanggil ‘budaya elektronik’ (wired culture).

Perkembangan ‘budaya elektronik’ mempunyai pelbagai cara dari segi penyampaiannya. Antaranya (bidang yang baru yang digital) adalah seperti internet, intranet, e-learning[3], e-education, e-communications, e-business, e-tailing, e-music (MP3, real networks & etc.), e-advertising, W@P[4] (Wireless Application Protocal), e-arts dan sebagainya yang berkait rapat dengan dunia perkomputeran digital dan internet. Kesan dari pencetusan era elektronik digital, maka setiap manusia (umat) peka dan prihatin akan potensinya dalam memperkembangkan, mempermudahkan dan menolong manusia itu tanpa terhad dan sempadan. Bagi mereka yang berminat dengan perkembangan digital ini, mereka akan mengambil peluang untuk mencungkil bakat dan kemampuan mereka, bagi mempelajari dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, dan juga mencari jalan agar dapat ‘mengenal’ diri mereka.

Objektif dan tujuan itu akan lahir dalam diri mereka bagi mencetuskan suatu penghasilan yang kreatif, berbeza, unik, tidak ‘stereotype’ dan global.

Bagi pendapat saya, ia menjadi satu perkara yang boleh dijadikan eksperimentasi dan analisis kepada apa yang sedang lakukan kerana bagi saya, secara tidak rasmi juga, saya telah terlibat dalam konspirasi ‘budaya elektronik digital’. Ia berlaku kerana saya sendiri mempunyai pengalaman dan terlibat ‘budaya elektronik’. Saya ingin menyedarkan diri saya sendiri dan juga masyarakat tentang apa yang berlaku, selok belok dan baik buruk, penerapan budaya elektronik dalam kehidupan seharian manusia.

Saya telahpun mengkaji dan mengadaptasi isu ‘budaya komunikasi digital’ ataupun ‘The Wired Culture’ dan penyelitkan teknologi dan peribumi, sebagai suatu landasan kepada karya saya. Ini bermaksud, karya yang akan saya persembahkan adalah penyampaian seni melalui isu kemasyarakatan dan teknologi, kesan positif dan negatif dengan menggunakan aliran seni elektronik, komunikasi dan nilai estetika yang  tertera dan method ataupun alternative baru dalam penyampaian karya menggunakan teknologi komputer.

 

 

Budaya Masyarakat Berkomuniti

Satu budaya majmuk yang mementingkan hubungan manusia dengan manusia, antara manusia dengan flora dan fauna, dan hubungan antara manusia dengan Tuhan.

     Budaya ini adalah budaya masyarakat komuniti yang mementingkan persoalan dan aspek ramah mesra, muafakat, kerjasama, setiakawan, gabungan, kesatuan, interaksi dan silatu rahim. Ia adalah sebuah budaya yang genuine dimana kita tahu dan kenal sesama sendiri, bak pepatah Melayu; ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’, dimana kerjasama, hubungan fizikal dan mental diaktifkan dan menjadi normalisasi  kehidupan seharian dalam sesebuah masyarakat tidak kira kaum, bangsa dan agama mahupun tempat.

     Kita dapat melihat perbezaan ketara dua budaya dimana tumpuan diberikan pada golongan dewasa dan kanak kanak, diatas dan bimbingan mereka yang bertanggungjawab, seperti ibubapa, pengajar, guru, pensyarah dan sebagainya.

     Apa pointnya? Bayangkan, walaupun kita berada di dalam satu bumbung kehidupan, namun, tak semua manusia sama pendiriannya. Ada sesetengah individu lebih merasakan sosial tidak diperlukan, oleh itu, ia dipanggil anti-social. Sedangkan dalam Islam sendiri, kemuafakatan, kerjasama, komuniti agak penting agar masyarakat atau manusia menjadi kuat dan bersatu, dimana saling TOLONG MENOLONG antara satu sama lain. Yang penting, silatulrahim dilahirkan. Maka, ego, dan selfish tidak akan menjadi suatu perkara yang ekstrim dan ancaman. Oleh itu, peribahasa ‘Bersatu teguh, bercerai roboh’.

 

Bahagian 2

Pembinaan imej dan symbol

Definasi Seni

     Meminjam takrif Herbert Read dalam membincangkan pengertian seni berbunyi “Seni secara sederhana dan biasanya ditakrifkan sebagai usaha untuk menciptakan bentuk-bentuk yang menyenangkan (Pleasure)”[5]. Berdasarkan diatas definasi yang di nyatakan oleh Helbert Read, seni sebenarnya adalah jalan bagi mengusahakan bentuk-bentuk yang lebih menyenangkan, jelas menunjukkan bahawa tiap-tiap manusia pada hakikatnya adalah seorang seniman. Mencipta bermakna mengadakan sesuatu yang belum wujud.

     Lagi satu definasi seni yang dikemukakan oleh James Jackson pula, seni itu bermaksud: “Poetry, music and the drama, as well as painting and sculpture must be included in generic term in Art, because in each truths of beauty and harmony of form, color, sound, action or thought and incentive alike to our sensuous, emotional, and mental faculties; and we are consequence more or less out of ourselves into general nature of particular humanity, or made to penetrate deeper into the mysteries of our on being, rather through the force of sympathetic feeling than of logic analysis”.[6]

 

Proses

 

Pertimbangan emosi dan praktikal seni yang dibina
 

Pengaplikasian komputer untuk hasilkan karya seni berbentuk digital (interactive & video art) adalah suatu kaedah terbaru dalam mencipta karya, untuk mengemukakan konten dan menyampaikan mesej dengan gaya dan style lain dalam menghasilkan karya.

Oleh itu, saya sebagai pengkarya, pereka dan penggerak seni seharusnya mencari jalan dan melihat seni itu boleh dikembangkan, dipengaruhi dan disampaikan dengan pelbagai cara agar masyarakat juga dapat memahami dan menerima seni sebagai sebahagian dari kehidupan dan sosio-budaya mereka.

 

Pandangan Dan Sikap Pelukis Terhadap Seni

 

Merujuk kepada article yang dibuat dan disediakan oleh Prof. Tamyez Bajuri didalam katalog ‘Persoalan Tradisi Dan Kemodenan:  Pameran Seni  Arca Kontemprori Malaysia’, Arca berasal dari perkataan ‘Sculpere; yang berasal dari perkataan Yunani Tua. Perkataan itu membawa maksud bahawa arca dibuat dengan menebuk, mengukir, memotong, melarik dan sebagainya (Gaunt 1996: 1).

Bagi pendapat dan pandangan saya, sememangnya arca dibuat dengan sedemikian rupa, namun, dengan penggunaan teknologi komputer sebagai kaedah dan alternative baru.

Ia boleh mencetuskan satu perubahan baru yang masih mengekalkan teknik-teknik yang dikemukakan diatas paragraph, cuma ia dilakukan dengan cara yang berbeza dan penyampaian yang berbeza mengikut citarasa serta peredaran masa kerana kini masyarakat makin menjinakkan diri mereka kepada penggunaan teknologi berbentuk digital.

Pemilihan objek yang saya cadangkan adalah berdasarkan atas kesesuaian dan pengalaman saya, dimana komunikasi masyarakat menjadi isu dan mesej dalam penyampaian karya saya. 

Walaubagaimanapun, saya sebagai seorang sculptor juga perlu menyesuaikan dan menyelesaikan masalah dimana agar artwork saya dapat dilihat dalam form lebih kepada tiga dimensi.

Pemilihan khemah sebenarnya dibuat dengan teliti kerana ia bersesuaian dengan tema yang ingin saya buat kerana khemah merepresentasikan pelbagai perkara dan aktiviti dan antaranya pengalaman interaksi dan komunikasi komuniti.

 

 

1.3 Bahagian 3

Kenyataan Pelukis

Komunikasi dalam masyarakat penting tanpa kesatuan dan kerjasama. Oleh itu, kita dapat menyelesaikan pelbagai masalah sosio-budaya yang melanda. Namun, teknologi adalah salah satu bahan yang dapat menyampaikan mesej dan saranan tersebut dengan cara yang betul dan positif.

Hubungan teknologi dan nature juga amat penting kerana ia merupakan satu observasi keindahan. Statement saya juga berdasarkan pengalaman seni dan real life agenda yang menjadi surrounding dalam seni dan juga kehidupan manusia.

 

Statement:

On my phase, my artwork is a metaphor towards process of communication that occurs when looking at the culture of a society or civilization or ideology of communications.  Using computer as a part of technology and installation are meant to provoke ideas about the borders between logic and instinct, local interest and global responsibility, relating art and nature and the respond towards direct or non-direct communication, as a part of life where we step into the outstanding challengeable Millennium.

Bahagian 4

Rujukan

01.  Sarah Preble, Art Forms, Collins Publishing,
      5th
Edition. 1994.

02.   Jean-Louis Ferrier, Art Of The 20th Century, Edition Du Chene Publishing, 1998.

03.   Katalog ‘Pameran Pertama: Seni Elektronik’, Koleksi Balai Seni Lukis Negara, 
      1999-2000.

04.   Duane and Sarah Preble, Camera Art & Computer Imaging, Page 171, 
      Art Forms: An introduction to the visual arts, Harper Collins Publishing, 
      Fifth Edition. 1994.

05.   Ben Tan, The Wired Culture, Page 30, TheWeb Magazine, April 2000, 
      Percetakan Teguh Sdn. Bhd.

06.   Nikos Stangos, Concept of Modern Art, Third Edition, World Of Art Thames and Hudson, 
      1997.

07.   Frank Popper, Art Of The Electronic Age, Thames and Hudsun.

08.   Rujukan Perpustakaan mini Balai Seni Lukis Negara.

09.   Internet research on Asean Electronic Arts: 
      http://www.freespeech.org/eartasean 

10.   E-mail interview with En. Hasnul J. Saidon, on ‘The
      Wired Culture In Electronic Arts
’.

11.   Electronic Arts Intermix - http://www.eai.org

12.   Yahoo! Electronic Arts Masters Directory:  
   
  http://dir.yahoo.com/Visual_Arts/Video_Art/Artists/Masters

13.   Art and Culture, Video Arts - 
      http://www.artandculture.com

14.   Article: “Pereka Multimedia”, Laman Web:
      http://www.sifoo.com

15.   Prof. Dr. Tamyez Bajuri, Katalog  ‘Persoalan Tradisi dan
      kemodenan, Pameran Seni Arca Kontemprori Malaysia’,
      Balai Seni Lukis Negara. 1996,

  

 



[1] Digitalized graphics and multimedia using software’s like Photoshop, 
    Studio Video Editor and etc.

[2] ‘[ com.mu.ni.cate ], Oxford Dictionary, Oxford Press, 1995.

[3] ‘Wired Culture’, Page 30, THEWEB, April 2000,

[4] ‘Surfing W@P -style’, Page 31, THEWEB, June 2000.

   Internet, via web: http://www.theweb.com.my

[5] Drs, Sidi Gazalba, “Pandangan Islam Terhadap Kesenian”, 
    Penerbitan Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1975, hal. 10.

[6] James Jackson Jerves, :The Art-Idea”, Editor: Benjimin Rowland Jr., 
    The Belknap Press of Harvard University Press, Massachusetts, 1960, hal. 37.

 

[ Back To Main Artwork Menu ]
[ Return To Mainframe ]